Tuesday, December 14, 2010
Terima kasih ayahanda dan bonda!!
Arwah ayahanda pernah berkata..kalau rezeki kita ada tidak akan kemana, kalau dah tiada usah dikuatirkan. Sampai hari ini kata-kata itu tetap aku ingati dan akan tertanam kukuh disanubari selagi hayat masih ada...
Alhamdulillah, arwah mendidikku dengan sempurna dan dalam kadar sederhana setakat yang dia mampu...kami tidak dididik untuk bermewah kerana kami bukan orang berada. Cukup untuk memberi peluang buat kami adik beradik melanjutkan pelajaran setakat yang kami mampu.
Ingat masa dulu-sulu arwah pernah menanam tembakau untuk menyara hidup kami sekeluarga, Arawah mak pula menoreh getah serta membuat kueh mueh.
Aku pula pernah belajar menoreh getah, mengambil upah membanting padi serta mengetam padi.
Almaklumlah aku dilahirkan setahun selepas merdeka...dah tua dah!! he he!...kehidupan kami serba kurang.
Tapi kami syukur...
Gaji ayah setakat berapa puluh ringgit sahaja.....
kehidupan kami adik beradik sedikit berubah apabila ayah terpaksa berkorban ke Semporna Sabah sebagai ustaz dan mengajar di sebuahs ekolah di sana, sebagai guru agama.
Aku dan adik lelaki ditinggal bersama nenek selama lebih sepeuluh tahun...
Pengorbanan ayah tetap aku kenang....masa tu ayah menghantar duit setiap bulan sebanyak RM50 ringgit buat belanja di UiTM Shah Alam....besar jugak duit sebanyak tun dan cukup buat keperluan aku sebagai gadis kampong yang tak punyai taste extra...
Selain mengajar, ibuku pula menjual dikantin sekolah...tapi nun jauh di Sabah!!! Ayahanda balek 3 tahun sekali dan seronoknya kami tatkala bertemu.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment