Saturday, December 18, 2010
Dari makan gaji ke dunia perniagaan.....insyaallah!
Alhamdulillah, baru tadi aku ke program Karnival Usahawan Gabungan Usahawan Muda Kelantan diBangunan Billion KB. Majlis di rasmikan oleh Tok Pa. Dalam ucapan macam-macam yg Tok Pa cakap. Katanya dia dukacita dalam keadaan Kerjaan berusaha nak mempertingkatkan prestasi usahawan Bumiputera, orang laibertanggung jawab pula asyik dok buat kacau bilau dan fitnah sehingga menjejaskan nama negara diluar.
Katanya kalau org luar negara dah pasti tolak pemimpin yg hanya memperjuangkan individu ditolak mentah-mentah oleh rakyat. Tp di negara kita ni entahlah.
Namun kata Tok Pa, la ni dah timbul kesedaran dikalangan rakyat yg nak balek bersama Kerajaan...sbb antara faktor utama mereka lihat Dato Sri Najib bukan calang2 orang dok buat kerja, cakna ko rakyat. Tengoklah motto 1 Malaysia, rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan. Setiap hari demo tu dok berbengkel dan bermesyuarat bagaimana nak baiki nama negara dan ekonomi negara. nak bantu rakyat.
Aku cakap mcam ni sbb aku saksikan sendiri dgn mata kepala ni. Aku ni berfikiran potisif dan nak tengok yg positif je. Hak Pas pun aku kenal dan ramai kawan2 dlm PAS. UMNO pun sametelah lah...
Bagi ku aku tetap menyokong Kerajaan BN yg telah memberikan aku rezeki untuk aku hidup.
Aku belajar dari kecil hingga besar dengan segala peruntukkan yg Kerajaan Pusat bagi, aku masuk ke U, ibu bapa malah adik2 semuanya atas sumbangan Kerajaan BN. Kalu ada orang kata aku nak kempen, katalah. Sbb keluarga kami memang org Kerajaan. Ayah ku Ustaz Noh Mahmood, Ketua cawangan UMNO Kbg Bongor, Ibu ku Ketua Wanita..adik ku AJK UMNO dan aku....tetap bersama mereka....
Atas dasar kesedaran dan keinsafan.
Kalau nak harapkan Parti-parti lain tak tau lah. Dah nampak pelbagai goyahan, merusuh disana , merusuh disini, anatra mereka pun tak bersatu hati...
Ye lah kalau tak betul manakan angin boleh bertiup kencang...
OK tinggalkan dulu bab tu. Yg pentingnya aku seronok tengok orang-orang muda yg semakin ramai bangkit jadi usahawan. Sbb tu lah kalau boleh anak-anak ku akan ku didik jadi usahawan.
Yg pertama kerja makan gaji. Tapi yg kedua iaitu Ira akan ku Didik jadi usahawan dan ahli perniagaan.
Beliau sudah ku bantu untuk buka Salun. Namanya LOVELY TROPICAL BEAUTY HAIR N SPA di Wakaf Siku.
Aku keluarkan modal sendiri dengan pinjam CIMB. Sbb anakku ini dah tak larat nak kerja dengan orang dan setelah pemergian arwah suami, aku poanggi dia balik dari bertugas di Rebak Marina Langkawi untuk buka sendiri di sini...
Puas mencari kedai, akhirnya dapat dengan sewaan RM800 sebulan. Gedebak gedebuk habislah gaji ku setiap bulan untuk Salun itu kira-kira RM1,500....insyaallah aku doakan anak ku berjaya dan kepada arakan-rakan aku mohon bantuan agar memeberikan sokongan yg tidak berbelah bagi....setidak-tidak dapat lah dia buat belanja printing, buat beli kueh mueh, beli makanan, beli pakain dan gaji orang-orang lain pula. dan akhir tahun boleh buat bayar zakat...kata orang make bisnes rolling.....insyaallah!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment