Saturday, December 18, 2010
Dari makan gaji ke dunia perniagaan.....insyaallah!
Alhamdulillah, baru tadi aku ke program Karnival Usahawan Gabungan Usahawan Muda Kelantan diBangunan Billion KB. Majlis di rasmikan oleh Tok Pa. Dalam ucapan macam-macam yg Tok Pa cakap. Katanya dia dukacita dalam keadaan Kerjaan berusaha nak mempertingkatkan prestasi usahawan Bumiputera, orang laibertanggung jawab pula asyik dok buat kacau bilau dan fitnah sehingga menjejaskan nama negara diluar.
Katanya kalau org luar negara dah pasti tolak pemimpin yg hanya memperjuangkan individu ditolak mentah-mentah oleh rakyat. Tp di negara kita ni entahlah.
Namun kata Tok Pa, la ni dah timbul kesedaran dikalangan rakyat yg nak balek bersama Kerajaan...sbb antara faktor utama mereka lihat Dato Sri Najib bukan calang2 orang dok buat kerja, cakna ko rakyat. Tengoklah motto 1 Malaysia, rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan. Setiap hari demo tu dok berbengkel dan bermesyuarat bagaimana nak baiki nama negara dan ekonomi negara. nak bantu rakyat.
Aku cakap mcam ni sbb aku saksikan sendiri dgn mata kepala ni. Aku ni berfikiran potisif dan nak tengok yg positif je. Hak Pas pun aku kenal dan ramai kawan2 dlm PAS. UMNO pun sametelah lah...
Bagi ku aku tetap menyokong Kerajaan BN yg telah memberikan aku rezeki untuk aku hidup.
Aku belajar dari kecil hingga besar dengan segala peruntukkan yg Kerajaan Pusat bagi, aku masuk ke U, ibu bapa malah adik2 semuanya atas sumbangan Kerajaan BN. Kalu ada orang kata aku nak kempen, katalah. Sbb keluarga kami memang org Kerajaan. Ayah ku Ustaz Noh Mahmood, Ketua cawangan UMNO Kbg Bongor, Ibu ku Ketua Wanita..adik ku AJK UMNO dan aku....tetap bersama mereka....
Atas dasar kesedaran dan keinsafan.
Kalau nak harapkan Parti-parti lain tak tau lah. Dah nampak pelbagai goyahan, merusuh disana , merusuh disini, anatra mereka pun tak bersatu hati...
Ye lah kalau tak betul manakan angin boleh bertiup kencang...
OK tinggalkan dulu bab tu. Yg pentingnya aku seronok tengok orang-orang muda yg semakin ramai bangkit jadi usahawan. Sbb tu lah kalau boleh anak-anak ku akan ku didik jadi usahawan.
Yg pertama kerja makan gaji. Tapi yg kedua iaitu Ira akan ku Didik jadi usahawan dan ahli perniagaan.
Beliau sudah ku bantu untuk buka Salun. Namanya LOVELY TROPICAL BEAUTY HAIR N SPA di Wakaf Siku.
Aku keluarkan modal sendiri dengan pinjam CIMB. Sbb anakku ini dah tak larat nak kerja dengan orang dan setelah pemergian arwah suami, aku poanggi dia balik dari bertugas di Rebak Marina Langkawi untuk buka sendiri di sini...
Puas mencari kedai, akhirnya dapat dengan sewaan RM800 sebulan. Gedebak gedebuk habislah gaji ku setiap bulan untuk Salun itu kira-kira RM1,500....insyaallah aku doakan anak ku berjaya dan kepada arakan-rakan aku mohon bantuan agar memeberikan sokongan yg tidak berbelah bagi....setidak-tidak dapat lah dia buat belanja printing, buat beli kueh mueh, beli makanan, beli pakain dan gaji orang-orang lain pula. dan akhir tahun boleh buat bayar zakat...kata orang make bisnes rolling.....insyaallah!!!!
Wednesday, December 15, 2010
Anak-anak la ni mewah!
Syukur alhamdulillah...berkat di didik serta dihantar ke sekolah setakat yang kami adik beradik mampu, kehidupan kami adik beradik lebih sempurna. Walau pun aku hanya makan gaji, namun kata orang dapatlah membeli rumah dan ada kenderaan sendiri....begitu juga adik lelaki dan adik perempuan...masing-masing dapat rumah banglow. Kecuali adik bongsu dapat rumah peninggalan arwah.
Berkat usaha kekdua ibu bapa, kami jadi lebih senang. Anak-anak kami bolehlah dikatakan hidup sedikit mewah. Tidak seperti kami dulu. Balik sekolah berlaukkan ikan rebus dengan sambal dan budu. Tapi kami tetap berselera dan makan hingga kenyang. Tak ada KFC, Tak ada McD, tak ada semua tu....TV pun kami tak tengok. Kecuali pabila ke rumah orang lain...
Aku masih ingat nak kesekolah terpaksa jalan kaki berbatu-batu. Bila ayah berdui sikit dan masuk tingkatan arwah belikan basikal....
Nak jalan kaki tak ada jalan raya, kecuali jalan merah yang berselut ketika hujan. Kasut hanya dapat diganti apabila dah lusuh dan tembus...
kadang-kadang kasut ku bawa dalam beg bila jalan lecak...
Nostalgia itu sungguh indah....
masih ku ingat, bila basikal rosak dan aku terpaksa jalan berbatu-batu waktu aktiviti petang dan terpaksa melalui kawasan kubur...bulu roma ku meremang ketakutan...tapi masa tu tiada perogol....orang dadah pun kurang...
Kami gi sekolah bawa duit 10 sen. kalau terjumpa duit di jalanan, girang sungguh rasanya....sbb boleh beli kueh atau nasi buat pengalas perut....
Indahnya masa lalu...
Namun orang tua kami dah tiada bila kami hidup senang...
Tak sempat membalas jasa mereka, kecuali sempat menyaksikan perkembangan kehidupan kami yang bahagia...
Namun kami percaya....ayahanda dan bonda puas.
Itulah yang dikehendaki arwah. Biar anak-anak hidup senang. Dan nak hidup senang kenalah melalui pelajaran.....
Ayahanda dan bonda, kami amat terhutang budi pada kalian. Tak mampu kami balas, kecuali melalui membesar dan mendidik anak-anak kami pula.....Syukur Alhamdulillah kami hidup bahagia walau pun sederhana.....
Tuesday, December 14, 2010
Terima kasih ayahanda dan bonda!!
Arwah ayahanda pernah berkata..kalau rezeki kita ada tidak akan kemana, kalau dah tiada usah dikuatirkan. Sampai hari ini kata-kata itu tetap aku ingati dan akan tertanam kukuh disanubari selagi hayat masih ada...
Alhamdulillah, arwah mendidikku dengan sempurna dan dalam kadar sederhana setakat yang dia mampu...kami tidak dididik untuk bermewah kerana kami bukan orang berada. Cukup untuk memberi peluang buat kami adik beradik melanjutkan pelajaran setakat yang kami mampu.
Ingat masa dulu-sulu arwah pernah menanam tembakau untuk menyara hidup kami sekeluarga, Arawah mak pula menoreh getah serta membuat kueh mueh.
Aku pula pernah belajar menoreh getah, mengambil upah membanting padi serta mengetam padi.
Almaklumlah aku dilahirkan setahun selepas merdeka...dah tua dah!! he he!...kehidupan kami serba kurang.
Tapi kami syukur...
Gaji ayah setakat berapa puluh ringgit sahaja.....
kehidupan kami adik beradik sedikit berubah apabila ayah terpaksa berkorban ke Semporna Sabah sebagai ustaz dan mengajar di sebuahs ekolah di sana, sebagai guru agama.
Aku dan adik lelaki ditinggal bersama nenek selama lebih sepeuluh tahun...
Pengorbanan ayah tetap aku kenang....masa tu ayah menghantar duit setiap bulan sebanyak RM50 ringgit buat belanja di UiTM Shah Alam....besar jugak duit sebanyak tun dan cukup buat keperluan aku sebagai gadis kampong yang tak punyai taste extra...
Selain mengajar, ibuku pula menjual dikantin sekolah...tapi nun jauh di Sabah!!! Ayahanda balek 3 tahun sekali dan seronoknya kami tatkala bertemu.....
Sunday, December 5, 2010
Cukuplah apa yang ada......
Wajahku semakin suram. Tidak lagi suka makeup. Aku lebih suka besederhana...cukuplah sekadar yang ada...masa gemilang seakan sudah pudar....Ira di sebelah kananku sering tegur...mama seorang taukeh salun mesti jaga imej...he he...jaga personaliti....bila ku fikir benar apa yang beliau katakan tu......lihatlah...baju yang ku pakai ialah baju arwah ibu ku...entah kenapa, senang sekali dengan baju itu...aku rasa selesa sekali....seakan aku dan ibuku begitu dekat....ya Allah, tempatkanlah roh ibu ku, roh ayahku dan roh suamiku bersama orang-orang yang soleh!!! Amin....
keluarga ku
Duduk dari kini anakandaku yang bongsu Siti Nur Nabiellah, Allahyarham suamiku Abdul Rahaman, disebelah kananku anakanda lelaki tunggal Mohd Izzuddin. Berdiri dari kiri, Siti Nor Hidayah, anakanda sulungku Siti Zaihana dan Siti Nor Farahin. Alfatehah kepada Allahyarham suamiku....semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh!! Amin!!!
Saturday, December 4, 2010
Alhamdulillah syukur....
Alhamdulillah syukur sbb walau pun Kelantan dibasahi hujan sepanjang minggu ni, namun belum lagi kena banjir. Kat rumah saya pun masih selamat dari banjir kilat. Ramalan kajicuaca sehari dua ni kata akan berlaku hujan lebat belum kena lagi dan minta-minta tak dak lah berlaku...
Pagi tadi saya ke kuala Besar program juara rakyat Parlime Pengkalan Chepa. VIP nya setia usaha politk Menteri Pertanian dan juga KP LKIM.
Lepas depa berucap di baginye lah pelbagai bantuan. Bantuan peralatan untuk membuat kueh mueh, bantuan sara hidup dan bakul makanan kepada golongan susah.
Kesihan depa kena beratur panjang masa nak ambil elaun sara hidup Kerajaan Pusat utk para nelayan sebanyak RM 200 seorang. Ramai lah jugak tadi lebih 500 orang. Seluruh Malaysia ni kerajaan pusat dok bagi berpuluh ribu dan jumlah duitnya berjuta-juta. Bagi free je bukan kena bayar apa-apa...
La kalu lagu ni tak bersukur lagi tak tau lah cek nak kata apa lagi. Orang bagi duit nak bantu...terima kasih je lah..dan bila pilihanraya pakai pangkah je la BN dan UMNO. Mudah-mudahan bila makin kuat makin bertambah peruntukkan tu.....nak pangkah orang lain belum tentu weiii!!! jangan dok impikan bulan jatuh ke riba. Benda dah ada dalam tangan jaga lah baik-baik. Khazanah kita dan anak cucu kita, jangan kita kobankan. bak kata Dato Noh Omar, jangan jadi menang sorak kampong tergadai........sekadar luahan...
Thursday, December 2, 2010
Salam tengah hari adik kakok ambo. Klate nampok gayo masih mendung lagi. Oghre2 hak dok tepi sunga, tepat rendoh ni dok runsing tuh...sbb kaji cuaco kato mulai 3 hb ake belaku huje kat kota bharu dan beberapa jajahe di klate nih. sapa 6 hb. Tp kita samo2 lah doa semoga kalu uje pun tak la sapa mudarat ko oghe kito.... huje ni sebenarnyo rahmat Tuhe nak bui ko kito. so lagi kalu jadi bah besa pun nak uji kito. sejauh mano kesabare kito, keimane kito. setengah pada setengah tu tak pernoh kena timpo bala bencano...jadi demo tok raso la cabarenyo...supo sain ambo ebby tu. dia sajo cari nyakkit masuk dale hute turun naik bukit dengan kre4 kalio. nak cari thrill le...jadi kalu bah pun tak yoh doh merungut le deh...hari ini oghe JKM kato Kerajaan dah bui RM500 ribu wat beli kakane ko oghe hok kena banjir...sardin, beras, lauk pauk bahkan selimut pun dio bagi...hai bertuohnyok ore klate...
hari ni ambo tekejut jugok dgn poknik aziz ni dok kato takpolah Lim Kit Siang jdi TPM. Anwar pulk kato dia tetap tolok ketuane Melayu...hai sesekali fikir, demo ni nak gi lah kwano ambo tak tau. nak merosak ko..atau nak menyesatke...ambo tinggal lah dulu nak mikir jauh-jauh dulu sebelum buat kaputuse...
Wednesday, December 1, 2010
Salam sejahtera kepada adik kakok ambo. Margi pulok doh wei!! lamo tok nulih kot bahaso Klate ni. Kokkok doh raso. Tak po lah tak dak pengikut ambo pun asalke boleh nulih dale ni...dah setahun doh ambo tak masuk kot ni...tok brapo de....pah tu ado hok baru pulok hok lebih canggih. Ambo nulih dulu maso banjir. Lo ni pun masa musim tyengkujuh pulok doh...baru jap takdi ambo gi intyerview oghe Klate hok buat kueh putu halba....katanya nak suruh sedap, masuk halia, serai, halba dan bawwe banyok-banyok...pah masuk gula melaka kat tengah. kukus dan make dgn kelapa paruh. waduh...bestnyo. Nantu sapa pun tak perase...He he!!!
Balik pada ambo lamo tok nulis ni buke apo...tok de tu satu hal, tapi rasa sedih ado, sunyi ado...maklumlah ambo berturut-turut menegamali kematie..mula-mula ayah,,sele setahun suami pulok, pah tak sapa setahun ibu ye ambo saye pulok. pah dok sebule ibu mertuo mupok..lagu tu lah deh kehidupe kita...yg lama pergi, yang baru date...hak mudo jadi tuo, hok tuo gi bersemadi.....ok setakat ni lah dulu hari ni deh...insyaallah kita jupo pulok lah esok kalu umur ambo panje...pese ambo, ziarahlah ibu bapa jange dok lok mereka dok kpong soghre2....
Subscribe to:
Posts (Atom)